Tuesday, December 17, 2013

Kehilangan

Tengah tengah khusyuk study, then terlintas seseorang ni dalam ingatan. 
Maaf, untuk entry kali ni, ain bahasakan diri ain, aku. 

Siapa seseorang tu, dia seseorang yang tak pernah aku lupa dalam doa aku. Sumpah aku rindu sangat kat dia. Dah lebih setahun dia pergi. Aku dah kehilangan dia. Kau tahu apa tu kehilangan ?

Ya, kehilangan ? Pernah kau rasa kehilangan tu ? Pahit kan ? Atau mungkin kau bahagia dengan kehilangan tu. Bergantung pada individu  tu sendiri. Mungkin individu tu bahagia dengan kehilangan seseorang, mungkin ada yang derita. Tak semua orang kongsi kisah yang sama. Tak semua ada cerita yang sama.

Siapa dia ?
Dia salah seorang wanita yang aku kagum, punya anak ramai, 11 orang. Dia seorang nenek yang sangat penyayang. Or mungkin dia ibu kedua aku. I love her and i miss her. That's it. No doubt. Masa entry ni ditulis pun, meleleh air mata aku. Ya, i shouldn't cry. But the tears still wanna come out.



Yea lah kan, aku cucu sulung. Aku hidup 21 tahun dengan dia. Susah senang dia aku tahu serba sedikit.
Dari kecik, dia yang lindung aku, ajar aku mengaji, ajar aku cara hidup susah. Dengan dia, aku tahu apa itu kampung. Aku tahu apa tu lintah, apa tu pacat. Masa aku sakit, dia yang jaga aku, ubatkan aku. Masa aku lapar, masa aku bayi, dia yang susukan aku. Dengan dia, aku belajar banyak benda. Emak pun tak sama macam dia. Mereka serupa tapi tak sama.

Aku ingat lagi, dia pergi saat aku ada pendaftaran degree kat UiTM Melaka ni. Suppose to, i  share the happiness with her, but then my mum told me, she's in coma. I thought she will be fine. Ya, im pray for her. Im still need her. She's my courage. She's my everything. 

Ya, im still remembered, at the first week, on Monday. Pagi tu my mum told me, "Wan dah sedar. So, you dont need to worry. She will be fine". Bersyukur sangat bila dengar mak cakap camtu, kebetulan mak n ayah dah lama kat kampung, then malam tu both of them, balek Melaka semula. Im quite happy, yea lah kan, doc kata wan dah baek. Dah boleh cakap.

But the happiness was not longer, pagi Selasa tu waktu Subuh. Kakchik called me and im quite surprised. Yea lah kan, tiba tiba je. Then, the saddest thing, that i dont want to hear, lastly came out jugak. She said, "Akak, wan dah takde. Akak jangan nangis. Akak sabar yea. Kitaorang nak balek kampung ni". You know what, mahu gugur jantung ni. Semalam, baru je aku dengar berita gembira, kata dia dah sihat apa semua. Pagi tu jugak, family aku balek Bentong. Yang paling sedihnya, aku dan abang tak balek. Korang tahu tak, apa tu terkilan ?

Sumpah, aku terkilan sangat sangat masa tu. Abang tak balek sebab dia ada final masa tu. Performance dia drop jugak masa final tu. N aku, masa tu tengah register awal pendaftaran degree. Tak silap aku, hari tu hari pendaftaran subjek. Aku terkilan sebab masa tu tersepit antara pendaftaran, dengan takde duit nak balek Bentong. Bentong tu bukannya dekat. Nak minta tolong mak ayah, deaorang semua tengah berserabut. Diaorang lagi terasa kehilangan tu. Aku ingat lagi, dalam Audi tu masa nyanyi lagu Negaraku n lagu Wawasan UiTM aku nangis. Hampir jugak aku rebah. Aku tak boleh terima kenyataan. Aku dah hilang dia, aku nak balek tengok dia dikebumikan, aku cucu sulung dia, aku yang patut ada kat sana. Tapi im still here, in the Audi. The one that protect me, the one that i love the most dah takde. 

Aku pernah berharap, dia ada masa aku kahwin nanti. Aku nak dia tengok suami aku, anak anak aku. Anak anak aku, cicit cicit dia lah. Tapi tu lah, dia dah takde. Harapan aku pun, tak mungkin boleh tertunai. Dah takde lagi orang yang nak mengusik aku. Dengar cerita aku, masak dengan aku, ajak aku pergi kebun, dengar aku mengaji. Ahhh, semua tu dah takde. Takde.

Pedih. Pedih sangat rasa kehilangan tu. Sampai saat ni, aku tak boleh terima. Aku dapat rasa aku belum redha. Semuanya macam mimpi. Kalau boleh aku nak undur balek masa tu. Aku nak ada kat sana, ada dengan dia, dari awal sampai akhir. Macam nak gila menangis.

Tapi, aku selalu ingat satu benda ni. Mak pesan, "Akak kena terima kenyataan, kalau mak boleh, kenapa akak tak boleh ? Wan tu mak, mak tau. Apa saja kebaikan dia, ingat. Redha, sedekahkan Al-Fatihah. Baca Yasin untuk dia. Nak rindu boleh, tapi mesti ada cara. Caranya camtu lah". Terima kasih mak.

Panjang jugak yea, entry kali ni. Maaf lah. Dengan cara menulis kat blog buat aku lega.No one hears, no one knows. But yet, im satisfy. Semuanya lepas.

 Al-Fatihah buat Allahyarhamah Jamilah binti Mohd Nor. 
Wan, akak sayang wan. Akak rindu Wan. Akak minta maaf sebab takde kat sisi Wan di saat saat terakhir. Akak, cucu yang teruk kan ? Akak doakan, roh Wan sentiasa dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang solehah. Terima kasih untuk semua kebaikan dan jasa wan pada akak. Akak sayang Wan, semoga kita dapat berjumpa kelak di Akhirat sana.

P/S : You know what, this is what i mean on "kehilangan" to me. Redha tu perlu ada. Then, bila redha tu ada, semuanya akan dipermudahkan. Akan muncul kebahagiaan, keceriaan, n macam macam lagi lah. Semua akan ada nanti, percayalah. Yang hidup, kena go on macam biasa hidup tu. Put your trust on Allah s.w.t. Bila satu 'bunga' layu/mati. Trust me, akan ada yang lagi satu 'bunga' yang beri kewangian atau keharuman tu. Atau mungkin berjuta bunga. Assalamualaikum.