Tuesday, March 6, 2012

Menghitung Hari

Tinggal beberapa je lagi, sebelum Fasa Diploma ini tamat, Insyaallah.. ^_^

Final Examination : 8 hari lagi
Tamat Diploma : 25 hari lagi

Supposely, final start on 12 March, tapi batch ain start 14 March. Dimulai dengan subjek :

1# ETR 300 : 14 March  [2.15-5.15]
2# TAX 370 : 17 March  [2.15-5.15]
3# FAR 360 : 21 March  [2.15-5.15]
4# MAF 330 : 24 March  [2.15-5.15]
5# FAR 300 : 27 March  [2.15-5.15]
6# AUD 390 : 31 March [9.00-12.00]


Segala assignment dah hantar, cuma tunggu markah assessment pula keluar. Urusan yang penting pun dah selesaikan, alhamdulillah.. Pening jugak nak memilih course & universiti. Mudah-mudahan ada rezeki untuk sambung belajar. Aminnn... 

1# Application for Continuation of Studies (UiTM) done !
2# SuFo (Student Feedback Online) done !
3# Permohonan Kemasukan ke IPTA (semua universiti yang terlibat) done !

Sekarang fokus pada FINAL EXAMINATION pula. Good Luck pada semua classmate, coursemate, roommate, wingmate, abang & akak senior, adik adik junior. Lakukan yang terbaik, jangan stress stress & study smart not hard. Jaga diri. Jaga kesihatan. 


Semoga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T. 

#khusus untuk classmate & coursemate ain nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, andai ain tersalah bicara, tertengking, termasam muka, termakan apa yang ada. Ain mohon, maafkan ain. Halalkan makan minum ain, ain nak graduate sama sama ngan korang, ain nak pakai baju konvo sama sama ngan korang. Maafkan ain. :')#

Sayang awak semua ! 

DO THE BEST & NEVER GIVE UP !
saya doakan kejayaan awak semua ^_^

nota kaki : menangis tulis entry ni, ain mohon kemaafan semua (T_T)

Monday, March 5, 2012

MUKA macam MAK BUDAK

Hahaha, ain geram ni. Tiba tiba timbul idea nak tulis entry ni.Yea lahkan, kejadian ni sentiasa berulang masa umur ain 16, 17, 18, 19, 20 & sekarang 21. Tiap tiap tahun, pasti ada yang cakap, comel anak awak, dah berapa bulan, berapa tahun ? 

Arghhhh, tu bukan baby ain, tu adik ain. Adik ain memang comel. Ain akui, macam ain  jugak. hahaha. gila perasan perempuan ni. Untuk tatapan umum, baby ain yang ni. hehehe. omey tak baby saya ? :)






Kalau nak ada baby manusia, semestinya lambat lagi. Ain belum nikah lagi, itu fakta. Hahaha, sabar jea lah. Kalau situasi ni jadi kat korang, apa korang buat ? Penat taw, tiap tiap tahun brdepan perkara yang sama.


Apa yang ain buat ?
1# kalau makcik makcik tu ain rasa macam boleh adapt ngan dia, ain akan cakap camni. "Eh, taklah makcik, ni adik bongsu saya"
2# kalau orang yang tak familiar mukanya, ain mampu senyum kambing je.

3# kadang kadang ain akan cakap camni. "Boboy, meh siniiiii kat AKAK mehhhhh". Suara memang tahap pecah panggung lah ain cakap, hahaha. Kalau pokak nasiblah. Biar jelas sikit~

4# kadang kadang, kalau buku sekolah or komik ada, ain akan tayang segala buku betul betul depan orang tu.


Hahahaha, sabar je lah. Kadang kadang geram bila masih bersekolah tapi orang ingat budak kecil tu anak kita. Rasa macam diri ni tersangat tua, untuk memiliki husband, daughter n son seawal usia 16 tahun.

Argghhh, stress sekejap, tapi masih mampu tersenyum. Ain cuma berkongsi pengalaman. Seronok sebenarnya, bergaul dengan orang yang lebih dewasa. pelbagai cerita kita ketahui, & pelbagi penglaman kita pelajari.


Nites bloggers, nites silent readers !





p/s : senyum senyum selalu ^_^

Saturday, March 3, 2012

Tak lengkap kalau tak memasak

Asslamualaikum w.b.t

hai bloggers, hai silent readers !


Dah lama aku tak jadi anak dara. Maksud aku, dah lama tak ke dapur. Rasa macam tak lengkap hidup sebagai anak dara kalau tak ke dapur. Hidup merantau, belajar kat tempat orang camtulah. Kadang kadang sebulan sekali baru masuk dapur.

Sekarang tngah study week sebelum final examination, aku abeskan masa study week kat rumah. Semestinya akan ke dapur ke dapur selalu. Hehehe.


Petang tadi, aku memasak untuk family aku, walaupun simple. Tapi alhamdulillah, kenyang perut kami sekeluarga. Masak ala-ala kampung sikit.

ni namanya, sayur bendi goreng cili padi
seriously, aku anti sayur bendi.
buat pertama kali, aku rasa kat kampus pengajianku, aku jatuh hati.
Thanks pada kawan aku, ct nurhafezh ismail yang mengajar n mempelawa aku untuk rasa sayur ni :)

tak tahu apa nama, ikan bilis (jenis besar) goreng kicap 


Actually, dah lama tak makan ikan tu. Selalu dapat makan bila balek kampung kat bentong. Hari khamis lepas, aku pergi Mersing. Lawatan ke Perniagaan Keropok Noorlita. Sememangnya keropok dia sedap, macam macam akak tu jual. Ada keropok lekor. Ada ikan bilis tu, ikan masin. So, aku belilah, ikan tu. Teringin~

Yang kat atas tu semua aku masak, dua dua aku teringin. Tak nak susahkan mak & kakchik, jadi aku yang ambil alih tempat deaorang untuk memasak malam ni.


ni rendang daging, bukan mak, bukan aku n bukan kakchik yang masak.
sebab ni lauk kenduri siang tadi, jadi panaskan aje

ni kari ayam, mak masak ! sedap. aku tak suka kari, cuma masakan orang  tertentu je aku boleh adapt.

Thanks untuk bloggers & silent readers yang sudi singgah. 

*nota kecil : aku teringin  nak belajar minum SUSU, seriously. ^_^

Sunday, January 29, 2012

Senyumlah seperti dia ^_^


Dia inspirasi aku, dia bukan permberian siapa siapa. Dia mengajar aku untuk sentiasa tersenyum. Mungkin dia sekadar patung beruang biasa. Tapi itulah dia. Senyumlah seperti dia. 


Ini bukan diari. Ini bukan cerita jiwang. Noktah.

Mungkin kau lihat aku sedang tersenyum sekarang. Mungkin kau lihat aku sedang tergelak sekarang. Tapi dalam hati, mampukah kau selami ? Perasaan manusia, ada pasang surutnya. 



Bersendiri. Tak dinafikan aku suka bersendiri. Kerana aku mahu muhasabah diri, aku rindu merenung wajah wajah mereka yang aku kasihi. Satu persatu muncul dalam ingatan aku.

Bermula dari emak, ayah, abang, kakchik, faiz, fadzli dan asyraf. Sangat sukar sebenarnya menggalas bahu sebagai anak sulung, bukan sahaja sebagai anak sulung, tetapi juga sebagai seorang kakak untuk lima adik adiknya. Tapi aku tak menyesal, sikit pun tidak. Aku rasa bahagia pabila lihat mereka senyum. Dari kecil, aku tak pernah berpisah dengan keluarga aku, tiada istilah asrama di zaman persekolahan. Jadi, segala suka dan duka keluarga, aku tahu. Serba serbinya. Pahit dan manis, semua aku rasa. Aku bersyukur memiliki mereka.

Kawan kawan & kekasih. Aku sayangi semua. Tak kira dari zaman tabika aku, sekolah rendah, sekolah menengah, tempat kerja dan juga universiti. Mustahil untuk aku survive sendirian tanpa mereka. Semuanya memerlukan kerjasama. Persahabatan itu indah sebenarnya. Selamilah. Tidur sebantal, makan sepinggan, minum secawan. Semuanya manis. Kekasih, yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat, itulah dia. Terima kasih.

Sesungguhnya, aku sayang kalian. Aku suka lihat kalian tersenyum. Aku bahagia. Dan semestinya aku rindu kalian.

Bersendirian, dikala itu segalanya kita ingati, segalanya menjadi memori.

Pesanan untuk semua :
"Bersederhanalah dalam tawa & tangis mu :')
kerana dalam setiap tawa itu, ia bukan membawa erti bahagia untuk selama-lamanya,
dan dalam setiap tangisanmu itu pasti ada hikmah disebaliknya.. "

Daisypath Anniversary tickers