Tuesday, December 17, 2013

Kehilangan

Tengah tengah khusyuk study, then terlintas seseorang ni dalam ingatan. 
Maaf, untuk entry kali ni, ain bahasakan diri ain, aku. 

Siapa seseorang tu, dia seseorang yang tak pernah aku lupa dalam doa aku. Sumpah aku rindu sangat kat dia. Dah lebih setahun dia pergi. Aku dah kehilangan dia. Kau tahu apa tu kehilangan ?

Ya, kehilangan ? Pernah kau rasa kehilangan tu ? Pahit kan ? Atau mungkin kau bahagia dengan kehilangan tu. Bergantung pada individu  tu sendiri. Mungkin individu tu bahagia dengan kehilangan seseorang, mungkin ada yang derita. Tak semua orang kongsi kisah yang sama. Tak semua ada cerita yang sama.

Siapa dia ?
Dia salah seorang wanita yang aku kagum, punya anak ramai, 11 orang. Dia seorang nenek yang sangat penyayang. Or mungkin dia ibu kedua aku. I love her and i miss her. That's it. No doubt. Masa entry ni ditulis pun, meleleh air mata aku. Ya, i shouldn't cry. But the tears still wanna come out.



Yea lah kan, aku cucu sulung. Aku hidup 21 tahun dengan dia. Susah senang dia aku tahu serba sedikit.
Dari kecik, dia yang lindung aku, ajar aku mengaji, ajar aku cara hidup susah. Dengan dia, aku tahu apa itu kampung. Aku tahu apa tu lintah, apa tu pacat. Masa aku sakit, dia yang jaga aku, ubatkan aku. Masa aku lapar, masa aku bayi, dia yang susukan aku. Dengan dia, aku belajar banyak benda. Emak pun tak sama macam dia. Mereka serupa tapi tak sama.

Aku ingat lagi, dia pergi saat aku ada pendaftaran degree kat UiTM Melaka ni. Suppose to, i  share the happiness with her, but then my mum told me, she's in coma. I thought she will be fine. Ya, im pray for her. Im still need her. She's my courage. She's my everything. 

Ya, im still remembered, at the first week, on Monday. Pagi tu my mum told me, "Wan dah sedar. So, you dont need to worry. She will be fine". Bersyukur sangat bila dengar mak cakap camtu, kebetulan mak n ayah dah lama kat kampung, then malam tu both of them, balek Melaka semula. Im quite happy, yea lah kan, doc kata wan dah baek. Dah boleh cakap.

But the happiness was not longer, pagi Selasa tu waktu Subuh. Kakchik called me and im quite surprised. Yea lah kan, tiba tiba je. Then, the saddest thing, that i dont want to hear, lastly came out jugak. She said, "Akak, wan dah takde. Akak jangan nangis. Akak sabar yea. Kitaorang nak balek kampung ni". You know what, mahu gugur jantung ni. Semalam, baru je aku dengar berita gembira, kata dia dah sihat apa semua. Pagi tu jugak, family aku balek Bentong. Yang paling sedihnya, aku dan abang tak balek. Korang tahu tak, apa tu terkilan ?

Sumpah, aku terkilan sangat sangat masa tu. Abang tak balek sebab dia ada final masa tu. Performance dia drop jugak masa final tu. N aku, masa tu tengah register awal pendaftaran degree. Tak silap aku, hari tu hari pendaftaran subjek. Aku terkilan sebab masa tu tersepit antara pendaftaran, dengan takde duit nak balek Bentong. Bentong tu bukannya dekat. Nak minta tolong mak ayah, deaorang semua tengah berserabut. Diaorang lagi terasa kehilangan tu. Aku ingat lagi, dalam Audi tu masa nyanyi lagu Negaraku n lagu Wawasan UiTM aku nangis. Hampir jugak aku rebah. Aku tak boleh terima kenyataan. Aku dah hilang dia, aku nak balek tengok dia dikebumikan, aku cucu sulung dia, aku yang patut ada kat sana. Tapi im still here, in the Audi. The one that protect me, the one that i love the most dah takde. 

Aku pernah berharap, dia ada masa aku kahwin nanti. Aku nak dia tengok suami aku, anak anak aku. Anak anak aku, cicit cicit dia lah. Tapi tu lah, dia dah takde. Harapan aku pun, tak mungkin boleh tertunai. Dah takde lagi orang yang nak mengusik aku. Dengar cerita aku, masak dengan aku, ajak aku pergi kebun, dengar aku mengaji. Ahhh, semua tu dah takde. Takde.

Pedih. Pedih sangat rasa kehilangan tu. Sampai saat ni, aku tak boleh terima. Aku dapat rasa aku belum redha. Semuanya macam mimpi. Kalau boleh aku nak undur balek masa tu. Aku nak ada kat sana, ada dengan dia, dari awal sampai akhir. Macam nak gila menangis.

Tapi, aku selalu ingat satu benda ni. Mak pesan, "Akak kena terima kenyataan, kalau mak boleh, kenapa akak tak boleh ? Wan tu mak, mak tau. Apa saja kebaikan dia, ingat. Redha, sedekahkan Al-Fatihah. Baca Yasin untuk dia. Nak rindu boleh, tapi mesti ada cara. Caranya camtu lah". Terima kasih mak.

Panjang jugak yea, entry kali ni. Maaf lah. Dengan cara menulis kat blog buat aku lega.No one hears, no one knows. But yet, im satisfy. Semuanya lepas.

 Al-Fatihah buat Allahyarhamah Jamilah binti Mohd Nor. 
Wan, akak sayang wan. Akak rindu Wan. Akak minta maaf sebab takde kat sisi Wan di saat saat terakhir. Akak, cucu yang teruk kan ? Akak doakan, roh Wan sentiasa dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang solehah. Terima kasih untuk semua kebaikan dan jasa wan pada akak. Akak sayang Wan, semoga kita dapat berjumpa kelak di Akhirat sana.

P/S : You know what, this is what i mean on "kehilangan" to me. Redha tu perlu ada. Then, bila redha tu ada, semuanya akan dipermudahkan. Akan muncul kebahagiaan, keceriaan, n macam macam lagi lah. Semua akan ada nanti, percayalah. Yang hidup, kena go on macam biasa hidup tu. Put your trust on Allah s.w.t. Bila satu 'bunga' layu/mati. Trust me, akan ada yang lagi satu 'bunga' yang beri kewangian atau keharuman tu. Atau mungkin berjuta bunga. Assalamualaikum.


Thursday, November 28, 2013

Happy BIRTHDAY budin !


Hehehe, hari ni birthday si budin. Alang alang, ain ada masa free, so apa lagi. Malam ni, blog ni special untuk dia je. Hahaha. So ni lah empunya diri.
My sister said, he has a quiet eyes *mata redup gitu*


Nama : Muhammad Izzuddin Ruslan
Umur : Genap 22 tahun, 45 minit untuk saat ni entry ni dipost
Status : Single *available ke tak, ain tak tahu*

Macam biasalah, ni ayat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

#Happy Birthday dear Izzuddin
#May Allah bless you with Rahmat & Nur-Nya
#Stay smart, stay handsome, stay k-pop *hahaha*
#May happiness surround you
#Keep smile ! *jangan simpan lesung pipit sorang sorang*
#Moga sentiasa diluaskan pintu rezeki
#Moga panjang umur
#Sila jadi budak baik *jangan jadi kaki buli*
#Have a perfect and lovelier day ever
#Never weaken the bond that we have been sharing together. Okay ? Promise that.
#Good luck for everything, me support you !
#Never give up !
#When there is no pain, then there is no gain for you !


*Jangan marah marah lepas baca, senyum. heee. Penat tau jari ni taip. Nak layan lappy hang lagi. Hahaha. Okay, stop bebel. Have a blast dear ^_^*

p/s : Give a cheer for all the broken :)

Thursday, October 31, 2013

I love the EXPRESSION !

Hai hai hai. Sihat semua ?
Hehehe. Actually ain ade masa yang sangat sengganggg ! 
Then decide to watch on the Youtube.
So, selamat menonton ! ^_^



You know what, even though this video like a 'basi' video, i keep replay on this video.
They are really pretty awesome cute.
Walaupun cuma seorang kanak kanak. Opss sorry, dua actually.
Cara deaorang malu malu tapi mahu, ahahaha. Funny lol.



The expression was too cute. 

Sumpahhhh. Im melting.

"she wear tied a pony tail"

What do you wish you could say to her ?
"Do you want to come on a date? Errr, to a romantic dinner"

Everything was really cute !
Then, im a little bit jelly.

How come they have a feeling between each other, they are still young. And im the one who is getting older, feel like going to be andartu.

Hahaha. Maaflah bahasa rojak malam ni.
Babai. Love you !


Sunday, October 27, 2013

My Heart is CURSING

Smile more often
so that with your happy smile
i can calm my heart
from constantly looking for you

Smile more often
so that the world will be jealous of you
then my heart which is constantly calling you
would not turn greedy anymore

My heart is cursing because it cant say i love you
the sad words that are stuck in my throat like a thorn
is roaming around my ear all day

Why does it have to be you ?
why did i end up loving you ?
even if i am shaking my head
even if i try  to deny it
now i cannot let go of you

I love you..

Even  if you are not loking at me
you would not know even if i call you thousands of time
you would not know even if i wait at the same place
like a fool i just look at you, this foolish love
you dont know no matter how much i call you...


Friday, October 4, 2013

Happy Birthday TRIO




Wao Wao Waooooo ! Trio ? Who's that pokemon ? hehehe
Hahaha. Ni lah buddies kita ! Aummmm. Deaorang kongsi tarikh lahir dan tahun yang sama tapi masa yang berbeza.
 

Hahaha, korang boleh klik kat link tu untuk kenal mereka mereka. Each of them single tapi not available tau. Makan penumbuk karang dapat. Hahaha. Sebabnya si akak ni amir dah cop dia dulu. Si adek ni pun sama, dah ada yang mengecopnya. So jangan cuba cuba ! AWAS !

Okay ni ayat lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Walaupun dah bosan. Please lah baca jugak. Special tau buat. Hahaha. Okay, stop bebel.

#Happy Birthday dears
#May Allah bless all of you with Rahmat & Nur-Nya.
#Stay pretty, cute, handsome and adorable
#Moga sentiasa dipanjangkan umur
#Moga sentiasa diluaskan pintu rezeki
#Good Luck untuk semua yang korang buat. Ain sentiasa support dari belakang. Kalau jatuh, padan muka! :p
#Dont easily give up
#Friends till Jannah
#Have a perfect and lovelier day
#May happiness surround you
#Never weaken the bond that we have always been sharing

#Takde ucapan semoga cepat tunang. Hahaha. Ayat tu available untuk ain je.
#Takde ucapan semoga cepat kahwin. Hahaha. Jangan langkah bendul ngan ain ! Ain bulan June ! Bagi ain kahwin dulu. Kalau nak kahwin jugak, bak meh Honda Civic sebiji. Hahaha.Kejamnya.

Ain doakan korang semua capai kebahagiaan yang korang impikan, kita pernah sama sama rasa senang n susah. Im always here for you girls n boy. Okay babai. Assalamualaikum.

p/s : Ampun yea ternakal. Hehehe. Tak kisah lah sape kahwin dulu, jangan lupa jemput ain. Ain dah janji nak buatkan hantarankan ? So lets make the deal come true. Happy born day trio.Love you all ^_^

Throwback this moment :

Amir and Akak. Muka deaorang nak samakan ? Jodoh kuat ni. Auummm. Hahaha

My sweet lady :)
*abaikan muka pucat budak sebelah n tangan yang cuba nak keluarkan duit dari purse. Hahaha.





Monday, September 30, 2013

CRUSH

Crush. Yea crush. Tahu tak crush tu apa ? Pernah dengar ? 

Crush ni apa yang ain faham, orang yang kita admire dari jauh. Tak pernah bertegur sapa. Maybe kita admire based on muka jambu ke, hitam manis ke, taik lalat kat dahi lah. Tak kisah lah apa apa, as long as we admire and never talk between eah other. But then, kalau dah mula bertegur sapa, itu bukan crush lagi namanya. Boleh jadi perasaan suka timbul or fall in love gitu. Hahahaha. Chewahhh. Cakap macam hebat je kan ?



Mesti korang curious kan kenapa tetiba ain buat tajuk pasal ni. Ermmm, adalah sikit cerita tu pernah terlintas dalam hidup ain. Ain belajar banyak benda dari 'si crush' ni. So how was the story ? hehehe. Relax ! Nak warm up kan jari dulu. 




Ain tahu mesti korang pernah rasa semua ni. Nak nak bila kita admire kat seseorang tu, contoh macam artis ,si Adi Putra tu haaa. Ain tak pernah tegur pun si Adi tu. So no wonder lah he can be my crush too. Haaaa, tu lah kisahnya serba sedikit.

Okay 1 2 3. Mula..

Pada suatu ketika. Hnsfff. Skema plak tetiba. Hahaha. Dulu lah kan, kan kan ain pernah having a crush on someone. Nama dia tak perlulah sebut kan. Tu dulu lah. Camne ntah boleh admire, maybe sebab dia senyum manis kot. Hahahaha. Ain ni miang sikit. Tak boleh tengok lelaki senyum sikit, kalau kena cara, kena gaya. Auchhhh, melting gua der. Hahaha. The most important is dia ada dimple ! Gila lahhhh. Sweet habes. Hahahaha. Seee ! Memang ain miang pun. Mak pun cakap, ntah apa apa. Hahaha. Kalau tengok tv, tak sah kalau tak berangan, act like the actor is mine ! Hahahaha. Stupid.

Haaaa, lepas tu, lepas dah admire dari jauh bagai. Ntah camne, boleh plak tercontact. Hehehe, kiranya dah mula bertegur sapa lah. Walaupun tu bukan crush lagi namanya. I still put his name as "CRUSH" on my phone. Hahaha. Peduli apa ain. Mula lah bibit bibit perkenalan, bukan percintaan okay. Lepas tu makin lama makin suka plak. Macam terfall in love. Macam macam cara jugaklah nak avoid those feeling. Such a disaster. FFFuhhhh. Bukan senang babe. Its take time. 

Masa tu plak ada ura ura kata dia dengan orang lain. So masa tu lebih baek angkat kaki. Kononnya nak cari my own happy ending. Tapi tak boleh jugak, bila dah nekad tak nak berbalas message, mesti terbalas jugak. Haiyaaaa. What the froggg !

Cop cop, korang pernah dengar tak ? Lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan rapat ? sebab salah sorang nanti mesti ade weird feeling, i mean perasaan yang lebih dari seorang kawan. Kan kan kan ? Betul tak ? Ermmmm, ain pernah tanya opinion si crush ni. Debat punya debat. Bebel punya bebel. Lastly, dia kata mungkin orang tu tak faham maksud persahabatan. Kalau dia faham, those feeling mesti takde. Terkedu kejap. Sedih woooo. That's mean, ain tak faham apa tu makna PERSAHABATAN.

Amek masa jugaklah nak rawat hati. I learn from it. So dari situ, bila feeling ni mula nak lebih lebih, mind set ni dah bagitahu. Buddies buddies buddies ! Tak lama lepas tu, dapat tahu si crush ni mintak couple ngan someone. It seem like i need to happy. Yealah kan, ain boleh lari jauh jauh. Tapi tu lahhhh, tu lah risiko nya bila kita admire gila gila kat seseorang. Mesti istilah kecewa tu wajib ada. Yeahhh, im admit. Kecewalah jugak. 



Hmmm. So now lets move on. Pedulikan semua tu. Yaaa, its painful. But then, this quote remind me. Always hope but never expected. Sekarang ni pun si crush dah turn to be buddies. Ni lagi bahagia. Lagi happy, tak perlu nak  risau apa pun. Saket tu adalah jugak. Tapi who cares ? Tak perlu paksa orang belai hati kita. Cukup lah kita sorang, hati kita biar kita sendiri yang jaga. Nak sakit biarkan hati ni sakit tapi nanti dah sakit padan muka. Hahaha.



p/s : Lets give a cheer for all the broken :)

Friday, September 20, 2013

Assalamualaikum.
Hai semua ! *sapu sawang jap ! blog berhabuk seyh.. hahaha.

Alhamdulillah, masih diberi peluang nak mencoret, menceceh, membebel dan segala macam men dan mem lagi. 
Lepas ni rajin lah tangan ni nak post benda baru sebabnyaaaaaa ada wifi freeeee. Hikhokhikhokhikhok. Eh salah bukan freeeeeeeeeee pun. Nanti bil sampai kena bayar jugak. Tapi much more better lah dari pakai broadband, wifi ni kongsi ramai ramai. Broadband pulak sebulan rm68 pastu kali pulak ngan 12 bulan. Wahhhh. Semputt nak kumpul duit nak bayar segala expenses.

Hari ni nak update apa yea ?
Errrr. Ehmmm. Hmmmm. Tak tahu ! Blur~
.
..
...
....
.....
Ermmm.. Sekarang ni dah start sem baru. Around 2 weeks camtu. Tang tu jugak lah kena bayar itu ini itu ini itu ini itu ini lagi dan lagi. Ain pun baru pindah rumah, lagi sedap duit tu mengalir macam air. Dapat duit ptptn pun tak boleh nak kaya lama lama. Hujung sem mula lah kayap. Alhamdulillah masa cuti ari tu kerja, so takde lah terasa sangat banyak belanja nya.

 So far kewangan alhamdulillah. Tapi tu lah, ain ni kuat makan. Duduk dalam kereta, housemate lalu depan jusco, depan tesco, dalam kepala dah terbayang macam macam benda nak ditelan. Terasa macam air liur nak meleleh pun ada. Hahaha. Buruk kan perangai tu. But, that's who im.

Lama lama bajet boleh lari kalau melayan tekak ni memanjang. Hehehe. Nak tak nak, kena jugak buat another side income nak tampung hidup kat sini. Sekarang ain buat bisnes jual tudung, brooch nn topup. For those yang tengok boleh beli. Tapi available around Melaka je. Ain pun nak habiskan stok sedia ada sekarang. Lelong abes abesan sebab nak renew stock baru. If nak beli, boleh tinggalkan komen kat entry post ni. InsyaAllah im try to reach you :)




Mak pun dah pesan, makan jangan tahan tahan. Makan je. Mak tak nak anak dia kurus. So apa lagi, bedal lahhhh. Green light dah bagi kan. Hahaha. Nanti balek jumpa mak mesti ain gemok punyaaa.

Sudah sudah sudah. Okay dear, dah masuk  Maghrib. Jumpa lagi nanti. Solat jangan lupa yea. Babai. Assalamualaikum :)

Wednesday, May 1, 2013

BBQ time !



Woot woot !

Assalamualaikum, hai dears..

Hehehe, dah setahun ain tak update blog ni. Lama kan, huhuhu. Ain pun tak tahu nape ain malas sangat nak update blog ni.

Daripada abes diploma, macam macam cerita ada. Daripada zaman ain dah kerja, dah konvo, dah sambung degree.  Woooo, banyak banyak ! Pahit manis tawar kelat masam payau. Semua ada ! Setahun punya cerita kan ? hahaha.


Dah lah, malas nak bebel panjang panjang. 

Hari ni nak nukilan kan moment malam tadi, ain kan dasar manusia nyanyuk. Tulis dalam diari pun, bukan muat. Rasa macam nak beli buku log buat diari, hahaha. Baru muat segala benda dalam tu.


So, girls, boys. Here it is, my superb classmates.



Last night, kami abeskan masa sama sama. BBQ time ! Semua ada, just a few yang tak join sekali sebab ade hal yang tak dapat dielakkan. Semua kepochi gila, happy go lucky. Ape ape pun, sumpah seronok gila malam tadi. Classmates ramai gadis gadis, jadi tak hairan pun mulut kepochi. Hahaha. Jejaka jejaka pulak, ada 2 orang sahaja. Then tak hairan jugak, kenapa diaorang tersangat sopan santun, ayu mengalahkan perempuan. Senyap je. LOL. 

Kami classmates !
 Sebahagian dari classmates ain, ada a few yang tak sampai lagi. Kami sedang tunggu arang sampai ! Sebelum tu snap pic dulu. heeee..
Gambar kat bawah ni, candid sebelum balik, penat woooo. Tapi hilang penat sekejap, sebab tentatif seterusnya. KARAOKE ! Woot wotttt ! Rocks begin !
Us !


Natural beast of us, hahaha. Bukan beauty tau !
 Serious gila hodoh part baju merah tu, tak macam anak dara. Hahaha, peduli apa ain.


 1 2 3.. Hop !
 Hahaha, bersedia untuk lompat.
Housemate, roomate, soulmate !
 Best best buddies that i ever had. Deaorang lah kakak, adik, mak tiri, mak angkat ! Baju purple single and available. Mak ayah dia dah bising tengok dea takde kawan laki. Siapa yang dah berkenan tu, better g cop awal awal. Nama dia Syafiqah Izzati. Baju hijau ? Erm, yang tu Fara Syuhdila. Dia pun single, tapi tak available. Sebab ade yang dah beratur tunggu dea. Hehehe. Baju biru ? pun sama jugak. Nurul Aziella namanya. Milik orang beb ! Jangan kacau, nanti pakwe dia tembak pakai pistol. Hahaha. 

Salah sorang jejaka dalam kelas.

Haaaaaa, untuk girls kat luar sana. Nama dia Izzudin, dia masih single. Rasanya still available. Korang nak ngorat ? hahaha, boleh. Ngorat sendiri. Din mesti rela. aumm aummm.. LOL.

Lastly, nota kaki dari ain..
GIVE A CHEER FOR ALL THE BROKEN ^_^

#Dear, sorry. Suppose banyak lagi gambar yang nak diletak. Tapi, because of  line network macam hampeh, ini sahaja yang mampu. Gambar ain sendiri pun loading lambat sangat. Baru nak perasan lawa. Hahahahahammmpeeeehhh.. 
Babai ! See you guys later !
Daisypath Anniversary tickers