Thursday, December 22, 2011

Congrates !

Hari ni, pastinya membawa seribu kecuakan pada semua calon calon PMR 2011.
Same goes to my sister, Zalina Idayu

"Kakchik takut", tu message yang dia bagi pada aku malam sebelum dia ambil result.

Aku sebagai kakak pun merasa tempiasnya, pukul 10 pagi hari ni aku dah start nervous, yang nak ambil resultnya adik aku, hahaha. Puas jugak aku tunggu. Aku call ayah, ayah kata, cikgu pun tak sampai lagi, so resultnya pun lambatlah dapat.
Call adik aku, jawapan yang sama jugak dia bagi.
Lastly,
pukul 12 lebih, baru aku dapat message.

"Kakchik dapat 7A 1B"

Alhamdulillah. Segala usaha dan doa dia serta keluarga diperkenankan Allah S.W.T.
Congrates sis ! i'm proud of you.

Terus terang aku cakap, aku jeles dengan adik aku sekarang ni.
Jeles.
Jeles Jeles Jeles.
hahahaha

Sebagai ganjaran, duit gaji aku yang tak seberapa ni, aku hadiahkan pada dia.
berapa banyak aku kasi, itu rahsia.
^_^

dia yang bertudung hitam :)

*Congratulation to all PMR's candidates yang gain straight A's ! keep it up guys. Bagi adik adik yang kurang bernasib baik, jangan sedih sedih. jangan berputus asa adik adik. Cuba lagi, usaha lagi. Semangat !! ^_^*

Tuesday, December 13, 2011

You are the best of my life

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

hari ni jari aku terpanggil lagi untuk tulis satu entry, entry ni berkaitan sebuah video yang memberi kesan pada aku.


Jom layan video ni dulu, ^_^


kalau korang tak dapat tengok video ni, bukan salah aku, tapi salah internet connection korang, hehehe.

Komen & Omelan aku pasal video ni :

1# Video ni buat aku menangis (masa first time tengok)
Agak touching jugak, aku letakkan diri aku pada watak perempuan dalam video ni.
Aku mengaku aku agak gendut, gemok di beberapa bahagian, hidung kembang, kepala besar, dahi jendul, mata juling.
Perghh, touching babe masa tengok video ni.

2# Video ni tak pernah buat aku bosan
Seriouslly, setiap kali aku bukak laptop, antara video wajib tengok, video ni lah.
Video ni memberi makna yang mendalam buat aku :')

3# Video ni buat aku sedar, tiada seorang pun hamba Allah S.W.T yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi yang berpasangan, tak usahlah kau idam lelaki atau perempuan yang sempurna fizikal dan dalaman dia. 
Cintai dia sepenuh hati kau, jangan sebab kau tengok hidung dia besar, dahi dia macam ikan flowerhorn, mata dia juling itik, kulit macam arang, kau terus reject dia awal awal. 
Kau kenal hati dia, dari situ kau akan nampak kesempurnaan dia di sebalik kekurangannya.
Percayalah !

4# Video ni buat aku hargai orang sekeliling aku.
Ni paling penting sekali, tak usahlah kau tatang dia melampau lampau. 
Bersederhanalah.
Cuma, jangan kau buat dia macam sampah.
Kau pun hamba Allah S.W.T jugak, jaga hati dia macam kau jaga hati kau.
Cuba kau bayangkan kalau orang buat kau macam sampah, mesti kau rasa macam nak makan sampah kan ?
Hargai orang sekeliling kau babe, mak ayah kau, abang kakak adik kau, kawan kawan kau, kekasih kau, para pendidik kau, bak kata orang, biar semua orang lah kau hargai walaupun seorang pemungut sampah.

okay, sekian. Terima kasih sebab sudi baca entry & kunjung blog aku, aku hargai korang :')|
Thanks babe.

P/s : Aku suka tengok orang keliling aku senyum, tapi bukan sebab aku, tapi sebab dia bersyukur dengan apa adanya dia sekarang.
Senyum. Insyaallah segala resah kau akan hilang. :)

Friday, December 9, 2011

Tiket Bas & Seorang 'bro'

Ari ni jari aku terpanggil untuk tulis entry ni. 



Kapsyen untuk cerita ni, "terasa bodoh dan malu"

Ceritanya begini, aku terasa bodoh dan malu gara gara tak pandai baca tiket bas. Seriously, aku konfius dengan segala particular yang ada dalam tiket bas tu, aku tak tahu seat aku yang mana satu. Aku pikir, tiket tu sememangnya takde number seat dan membenarkan penumpang untuk duduk kat mana mana seat yang deaorang suka. *itu tanggapan aku.

Dengan rasa megahnya, aku terus berjalan ayu menuju ke seat yang aku berkenan. *aiceh, konon ayu. 


Seat yang aku duduk ni, single seat, senang bagi aku nak menjalani aktiviti membuta aku ni walaupun hakikatnya aku tak dapat tidur sangat sebab aku mabuk jalan jauh.
Tiba di suatu hentian, sedang aku tidur tidur ayam, 
datang seorang 'bro' ni..
Aku ingatkan dia nak mengorat aku, dah lah muka aku selekeh masa tu, tudung herot berot, compang camping. Air liur basi entah ada, entah tidak, aku tak pasti. 

Then, bro ni tanya, "ni seat adik ke ?"
Aku senyap je, malas nak layan bro ni, aku buat muka kelat, muka garang, muka masam. 
*aku nak muntah sebenarnya masa tu.
Then dea cakap lagi, 
"ni SEAT 8A kan ? "
(sambil tunjuk kat aku number seat dea dalam tiket)
.
.
.
.
.
Aku loading. Dalam hati, aku berkata. Laaaaaaaaaaaaa, kat situ ke number seat ? Adoi, aku dah malu. Serious aku malu. 

Walaupun sedang malu, aku masih tak mengalah, aku diam. huhu. Tak sepatutnya aku buat camtu, tapi nak buat camne. Lastly, bro tu mengalah, dea ambil single seat sebelah aku.
*mungkin dea takut tengok muka aku yang kelat kelat ni.

Tak lama lepas tu, dalam diam diam, aku buat buat buka beg aku untuk ambil barang. Hakikatnya, aku curi curi tengok number seat aku, number SEAT AKU, 6C. Adoiiii, Aku maluuu lagiii !
*rasa macam nak sorokkan muka dalam beg

Dalam hati, aku berdoa, semoga cepat sampai ke destinasi. Aku tak sanggup tahan malu lagi.

For your information, seat yang aku duduk tu, tak best pun, aku duduk atas tayar. Bagi orang yang mabuk jalan jauh macam aku ni, tak sepatutnya duduk kat seat sebegitu. Orang degil macam aku ni jugak tak layak sebenarnya duduk dalam bas macam tu. hahaha





P/s : untuk korang korang, lain kali tanya pada yang pakar, jangan buat keputusan sesuka hati, nanti malu. Dalam situasi aku ni, sepatotnya aku tanya driver bus, tapi tu lah. Aku ni bodoh sombong. Padan muka. hahahaha.

Untuk 'bro' tu, sori lah bro, aku takde niat, nak buat muka kelat ngan kau, aku ngah telan air liur masa tu, tahan muntah. Kau nak aku muntah kat kau ke ? hahahaha.
aku tahu kau tak baca. okay. sekian. 

^_^

Daisypath Anniversary tickers