Thursday, December 22, 2011

Congrates !

Hari ni, pastinya membawa seribu kecuakan pada semua calon calon PMR 2011.
Same goes to my sister, Zalina Idayu

"Kakchik takut", tu message yang dia bagi pada aku malam sebelum dia ambil result.

Aku sebagai kakak pun merasa tempiasnya, pukul 10 pagi hari ni aku dah start nervous, yang nak ambil resultnya adik aku, hahaha. Puas jugak aku tunggu. Aku call ayah, ayah kata, cikgu pun tak sampai lagi, so resultnya pun lambatlah dapat.
Call adik aku, jawapan yang sama jugak dia bagi.
Lastly,
pukul 12 lebih, baru aku dapat message.

"Kakchik dapat 7A 1B"

Alhamdulillah. Segala usaha dan doa dia serta keluarga diperkenankan Allah S.W.T.
Congrates sis ! i'm proud of you.

Terus terang aku cakap, aku jeles dengan adik aku sekarang ni.
Jeles.
Jeles Jeles Jeles.
hahahaha

Sebagai ganjaran, duit gaji aku yang tak seberapa ni, aku hadiahkan pada dia.
berapa banyak aku kasi, itu rahsia.
^_^

dia yang bertudung hitam :)

*Congratulation to all PMR's candidates yang gain straight A's ! keep it up guys. Bagi adik adik yang kurang bernasib baik, jangan sedih sedih. jangan berputus asa adik adik. Cuba lagi, usaha lagi. Semangat !! ^_^*

Tuesday, December 13, 2011

You are the best of my life

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

hari ni jari aku terpanggil lagi untuk tulis satu entry, entry ni berkaitan sebuah video yang memberi kesan pada aku.


Jom layan video ni dulu, ^_^


kalau korang tak dapat tengok video ni, bukan salah aku, tapi salah internet connection korang, hehehe.

Komen & Omelan aku pasal video ni :

1# Video ni buat aku menangis (masa first time tengok)
Agak touching jugak, aku letakkan diri aku pada watak perempuan dalam video ni.
Aku mengaku aku agak gendut, gemok di beberapa bahagian, hidung kembang, kepala besar, dahi jendul, mata juling.
Perghh, touching babe masa tengok video ni.

2# Video ni tak pernah buat aku bosan
Seriouslly, setiap kali aku bukak laptop, antara video wajib tengok, video ni lah.
Video ni memberi makna yang mendalam buat aku :')

3# Video ni buat aku sedar, tiada seorang pun hamba Allah S.W.T yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi yang berpasangan, tak usahlah kau idam lelaki atau perempuan yang sempurna fizikal dan dalaman dia. 
Cintai dia sepenuh hati kau, jangan sebab kau tengok hidung dia besar, dahi dia macam ikan flowerhorn, mata dia juling itik, kulit macam arang, kau terus reject dia awal awal. 
Kau kenal hati dia, dari situ kau akan nampak kesempurnaan dia di sebalik kekurangannya.
Percayalah !

4# Video ni buat aku hargai orang sekeliling aku.
Ni paling penting sekali, tak usahlah kau tatang dia melampau lampau. 
Bersederhanalah.
Cuma, jangan kau buat dia macam sampah.
Kau pun hamba Allah S.W.T jugak, jaga hati dia macam kau jaga hati kau.
Cuba kau bayangkan kalau orang buat kau macam sampah, mesti kau rasa macam nak makan sampah kan ?
Hargai orang sekeliling kau babe, mak ayah kau, abang kakak adik kau, kawan kawan kau, kekasih kau, para pendidik kau, bak kata orang, biar semua orang lah kau hargai walaupun seorang pemungut sampah.

okay, sekian. Terima kasih sebab sudi baca entry & kunjung blog aku, aku hargai korang :')|
Thanks babe.

P/s : Aku suka tengok orang keliling aku senyum, tapi bukan sebab aku, tapi sebab dia bersyukur dengan apa adanya dia sekarang.
Senyum. Insyaallah segala resah kau akan hilang. :)

Friday, December 9, 2011

Tiket Bas & Seorang 'bro'

Ari ni jari aku terpanggil untuk tulis entry ni. 



Kapsyen untuk cerita ni, "terasa bodoh dan malu"

Ceritanya begini, aku terasa bodoh dan malu gara gara tak pandai baca tiket bas. Seriously, aku konfius dengan segala particular yang ada dalam tiket bas tu, aku tak tahu seat aku yang mana satu. Aku pikir, tiket tu sememangnya takde number seat dan membenarkan penumpang untuk duduk kat mana mana seat yang deaorang suka. *itu tanggapan aku.

Dengan rasa megahnya, aku terus berjalan ayu menuju ke seat yang aku berkenan. *aiceh, konon ayu. 


Seat yang aku duduk ni, single seat, senang bagi aku nak menjalani aktiviti membuta aku ni walaupun hakikatnya aku tak dapat tidur sangat sebab aku mabuk jalan jauh.
Tiba di suatu hentian, sedang aku tidur tidur ayam, 
datang seorang 'bro' ni..
Aku ingatkan dia nak mengorat aku, dah lah muka aku selekeh masa tu, tudung herot berot, compang camping. Air liur basi entah ada, entah tidak, aku tak pasti. 

Then, bro ni tanya, "ni seat adik ke ?"
Aku senyap je, malas nak layan bro ni, aku buat muka kelat, muka garang, muka masam. 
*aku nak muntah sebenarnya masa tu.
Then dea cakap lagi, 
"ni SEAT 8A kan ? "
(sambil tunjuk kat aku number seat dea dalam tiket)
.
.
.
.
.
Aku loading. Dalam hati, aku berkata. Laaaaaaaaaaaaa, kat situ ke number seat ? Adoi, aku dah malu. Serious aku malu. 

Walaupun sedang malu, aku masih tak mengalah, aku diam. huhu. Tak sepatutnya aku buat camtu, tapi nak buat camne. Lastly, bro tu mengalah, dea ambil single seat sebelah aku.
*mungkin dea takut tengok muka aku yang kelat kelat ni.

Tak lama lepas tu, dalam diam diam, aku buat buat buka beg aku untuk ambil barang. Hakikatnya, aku curi curi tengok number seat aku, number SEAT AKU, 6C. Adoiiii, Aku maluuu lagiii !
*rasa macam nak sorokkan muka dalam beg

Dalam hati, aku berdoa, semoga cepat sampai ke destinasi. Aku tak sanggup tahan malu lagi.

For your information, seat yang aku duduk tu, tak best pun, aku duduk atas tayar. Bagi orang yang mabuk jalan jauh macam aku ni, tak sepatutnya duduk kat seat sebegitu. Orang degil macam aku ni jugak tak layak sebenarnya duduk dalam bas macam tu. hahaha





P/s : untuk korang korang, lain kali tanya pada yang pakar, jangan buat keputusan sesuka hati, nanti malu. Dalam situasi aku ni, sepatotnya aku tanya driver bus, tapi tu lah. Aku ni bodoh sombong. Padan muka. hahahaha.

Untuk 'bro' tu, sori lah bro, aku takde niat, nak buat muka kelat ngan kau, aku ngah telan air liur masa tu, tahan muntah. Kau nak aku muntah kat kau ke ? hahahaha.
aku tahu kau tak baca. okay. sekian. 

^_^

Sunday, August 21, 2011

Campus Life @ UiTM Johor

ni entry gatal tangan sebenarnya. dah berabad belajar kat kampus Segamat ni, baru hari ni nak post entry pasal segala benda alah ni.


best friendsss !


^_^


baju kurung ^_^


meja belajar ^_^


board penaik semangat ^_^

sekian, terimaaa kasihhhh :)

selamat belajar !

Saturday, August 20, 2011

Quote Pilihan


# love is a strange thing, it can make the weakest person strong, the strongest person weak #
*just stay strong*


# the hard times yo go through will lead to the good times you'll have #


# i just want to live a life without worries, where i can be me without fear of being judged, i want to let go of the past, live the present and dream of the future #


# true love is not meaning 'perfect couple' but 'perfect love' #

Thursday, August 18, 2011

Normal lah kan kalau ?

Normal lah kan kalau ade test or exam ?
Cam dugaan hidup jugak, 
normal lah kan kalau ade masalah dalam hidup ni ?
normal lah kan ? kan ?

Camne nak handle, semuanya bergantung pada individu tu.
Yang penting jangan merungut, jangan membebel, jangan mengeluh.


Tiba tiba ain rasa cam dah banyak membebel part intro. *haishhhh, maluuuu !

Sebenarnya, nak motivasikan diri sendiri. saja nak kongsi, mana lah taw, ade yang termotivasi nanti. heee
Minggu ni minggu struggle ! sampai lah minggu depan sebelum cuti raya start.
Kenapa ? kenapa ? kenapa ? final kan lambat lagi~
lambat ke ? lepas raya je cik kak, cik abang oi.
Bukak mataa tu luas luas tengok kalendar.
Tapi kali ni, ain bukan nak story pasal final exam.
Nak citer pasal TEST.
Nak citer pasal struggle week.


Tiba tiba ain rasa cam banyak membebel, tak masuk isi lagi tu. *haisshhhh, maluuuuuuu lagiiiii !

(membebel kuat)

~this week~
Today @ 18 August : TEST LAW 

Saturday @ 20 August : QUIZ TAX & TEST ECO

~next week~
Monday @ 22 August : TEST MAF @ 

Tuesday @ 23 August : REAL FORUM for BEL & PORTFOLIO

Wednesday @24 August : TEST MKT

Yeahhh, giler gempak, meletop, dahsyat, terbaek & mantap jadual ni.
kalau ikutkan hati, tak nak ambil port pasal test ni.
tapi bila fikirkan balek.
berbaloi ke ?
Hari hari kau daki bukit nak pergi kelas kat BLOK KAYANGAN tu.
berbaloi ke kalau malas malas ?
camne plak dengan bawak BUKU TEBAL TEBAL BERINCI INCI tu ?
berbaloi ke ?
(dapat inspirasi, dari Miss Ida Suriya Ismail)


so, guys. fikirla sendiri,
penatkan daki bukit, naek tangga, semata mata nak timba ilmu dalam kelas ?
jangan give up ! tu aje. kalau give up, camne nak berjaya kan ?
kejar ANUGERAH DEKAN & ANUGERAH NAIB CANSELOR tu.
kata nak pakai selempang warna pink masa grad nanti.
mak ayah kita mesti bangga punyelah.
kite pun terasa kempas kempisnye (hidung) & blushing (pipi)

so, part conclusion nya, jangan putus asa okey ?



then, finallyyy.
Thursday @ Friday : BALEKKK RUMAHHH (takde kena mengena)

p/s : tiba tiba rasa macam gilaaa pulak, orang laen baca LAW, ain menghadap BLOG ! =_=

Sunday, August 14, 2011

The story begin,

The story begin, 
Almost 4 years he kept this as a secret. How can he tell his mother ? How can he tell his father ? How can he tell others, he is sick.

Dia rase dia bodoh, bila bagitahu orang yang dia sakit. Dia tak minta simpati sesiapa, dia cuma mahu orang memahami dia, kenapa dia rahsiakan semua ni. Dia bukan datang dari keluarga yang senang. Dia cuma mahu sokongan dari rakan rakan, agar dia terus kuat apabila musibah datang. Dia yang rasa keperitan tu, dia yang rase kesakitan tu. Dia lawan, tapi takdir Tuhan, tiada siapa boleh lawan. Tu semua takdir dia. Dia belajar cara untuk tersenyum, walaupun kadangkala terasa palsu, dia cuba juga. Dia gembira kerana masih ada yang mahu bersahabat dengannya, bergelak ketawa bersama dengannye, berkongsi masalah dengannya. Dia gembira. Moga persahabatan itu berkekalan selamanya. 

Dia cuba belajar dengan gigihnya, supaya segulung ijazah akan digenggaminya. Kemudian bekerjaya dan akhirnya mengumpul duit supaya segala kesakitannya, terubat jua. Dengan izin-Nya, insyaALLAH.

Ya Allah, kau permudahkanla segala urusan hambamu ini. Semoga dia tabah menghadapi hari hari depannya, ampunkan dosa dosa dia. 


nukilan, 
orang biasa

Saturday, August 13, 2011

it's gonna be hurt

it's pain to tell out the truth thing. it is just an opinion from me, we might lose it, if we can't handle those thing properly.
it's hurt.
it's hurt for keep it as a secret for a too longg timeee.

just need a support, to face it
how can i tell you the truth ?
i might cry because of it.

argghhh,hate those thing.
i'm sorry.

fake smile !

p/s : hope everything gonna be fine. can i borrow ur shoulder please ?? :')

Wednesday, August 3, 2011

Busy


Tension meyh. Dalam minggu ni, banyak benda nak di 'settle' kan.

1# Assignment 2 - Critical Thinking ( BEL 313 )
2# Advertisement of Soap Detergent - Marketing ( MKT 243 )
3# Presentation of Chapter 7 - Macroeconomics ( ECO 211 )

This week,on saturday im gonna have a module PART 5, hopefully it will be more interesting. (fasting month, erm i think that i might sleep during the module session). On sunday, i will go to Ledang or Sagil (insyaallah) for  my group assignment project. 

Then, move on to next week, i have two test.

1# Test 2 ( LAW 346) 
2# Test 2 ( ECO 211)



.:. persoalan nya : bila mase nak balek rumah ni ? ?nak bersahur & berbuka ngan mak, ayah & adek adek. dah tak terurus masa ni, kalau ayah tahu, mesti ain kene tegur, sebab tak pandai jaga masa. heee, rindu kat mak & ayah.. ari ni berbuka makan maggi je, walaupun hakikatnya, ain tak berpuasa (tak puasa, bukan sebab suka suka yea, nature of woman) sebenarnye, segan berbuka sama sama dengan orang berpuasa, tak layak makan sedap sedap. Makan maggi pun cukupla. lagipun risau kalau berlaku pembaziran masa pergi bazar Ramadhan. Kan kita dituntut berserdahana ?

P/S : semoga segala urusan dipermudahkan. insyaallah ^_^

Sunday, July 31, 2011

Episod Ramadhan

Malam ni dah mula solat terawih. Walaupun tak dapat bersahur & berbuka dengan family pade hari pertama puasa, ain bersyukur, sebab masih diberi peluang untuk merasai bulan Ramadhan ni. Insyaallah.. Moge Ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan dalam hidup kita. Di kesempatan ini, ain mohon maaf pada semua andai ain ade buat salah tingkahlaku pada awak awak awak dan awak semua. Maafff. Ain manusia biasa, tak lari dari tu semua. Selamat berpuasa semua.

*oh yea, dah bace blog ni, jangan lupa niat puasa yea kawan kawan*


*tak lupe juga doa berbuka puasa*


akhir kata, Salam Ramadhan..

Assalamualaikum ^_^

p/s : May Allah S.W.T bless all of you with Rahmat & Nur-Nya :)



jangan ponteng puasa ! watch out !!


Friday, July 29, 2011

Keep Smiling


..I hope you always find a reason to smile..
^_^ keep smiling guys ^_^

Erm, bile marah atau sedih, automatik senyuman kita boleh mati.. Kadang kadang keadaan camni la buat senyuman ain mati.. Tapi ayat ni, (keep smiling) selalu ingatkan ain supaya sentiasa tersenyum walaupun, mase tu hati rase cam disiat-siat.. Tak kisahla, keadaan mase tu, rase nak marah ke, sedih ke, terasa hati ke, berdepan dengan musuh ke, or ape ape je.. camne pun kita mase tu, teruskan tersenyum okey ? tapi bergantung pada tempat jugak okey ? 24 jam senyum pun annoying juga, mungkin orang boleh anggap kita gilaaa, hahaha..Ain ade tips, bila penyakit hati datang (marah, sedih, makan hati, terasa hati or anything else berkaitan penyakit hati ), kita ingat segala detik detik manis okey ? Kalau rase macam nak marah orang, ingat balek segala kebaikan dan jasa dia pade kita, takde siapa yang sempurna kan ? jadi, lebih baek padamkan segala api kemarahan tu.. Even berdepan dengan musuh, tak salahkan jika kite lemparkan senyumanSebesar mane pun masalah kita, kite kena ingat, tu semua dugaan hidup kita, Allah S.W.T takkan uji hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu.. ingat tu.. !!


p/s : esok dan lusa ade TEST, semoga segala urusan dipermudahkan :)

Thursday, July 21, 2011

Saya bertudung dan saya sangat Pretty.

Maaf maaf maaf.. takde niat nak bangga diri..

Hehe,wat pertama kalinye join giveaway dari ~Cik Dya~ 
( pengalaman pertama join contest giveaway sebenarnye >_< )
mane tahu ade rezeki, insyaallah.. ^_^

tak confidence sebenarnye pakai pashmina ni, tapi cube jugak >_<
okey tak ??
Kawan kawan, jom la join contest giveaway ni, mane tahu rezeki berpihak pade korang, ain tag cik sue ..
( sue, awak kan cantek, meh join contest ni )
^_^
cik dya kate :
Pemenang akan ditentukan melalui bilangan komen paling banyak. Ini bermakna  korang perlu meminta kawan-kawan komen entry korang banyak-banyak ya.Tak aci komen gambar sendiri banyak2..hehe.Mesti orang lain yang komen.


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2011

P/S : KOMEN KALAU RAJIN, TERIMA KASIHHH :)

Wednesday, July 20, 2011

..go go, fever go..


Dah 2 hari demam, tak kebah kebah jugak.

Study tak habis lagi ni.
Tak larat >_<


..chow..

p/s : setiap kejadian yang berlaku, pasti ada hikmahnya..

Tuesday, July 19, 2011

Bahana Durian

Durian, winkwink ^_*



 *kalau boleh, nak letak muke ain makan durian, tapi gambar tu berpuaka, hahaha*
*hantu durian bak kata ayah, makan ngan rambut panjang, durian keliling pinggang (actually, sepit rambut hilang masa tu)*

Kat segamat, mengidam idam nak makan durian, dah balek rumah, buruk rupenye, sampai nasi pun kurang dimakannye..
24 jam durian, kenyang makan durian je semalam..

Sekarang ain ngah musykil,
betul ke makan durian banyak banyak boley demam ? =_='
ain demam sebab makan durian ke ?
(huhuhu, amek kau ain.. rasekan)

Ni semua bukan salah durian, yang jadi salahnye bile makan durian, then tak minum air banyak-banyak..
huhu, kan dah kene demam..
Okey, peringatan untuk semua, hantu camne pun kamu ke durian, bile dah makan durian tu, pastikan minum air banyak banyak okey.. minum air sampai buncit. ^_^

p/s : kawan kawan doakan demam ain cepat kebah,, banyak lagi kerja yang nak dibuat cuti ni, moge segala urusan dipermudahkan, aminn..

sakit camne pun, ceria ceria selalu okey ^_^

Thursday, July 14, 2011

Entry dari Huda :)

Blog bersawang, lappy apatah lagi, berhabuk jugak ! 
*tetibe muncul idea nak tulis entry baru & bersihkan lappy*

entry kali ni hasil nukilan bestfriend ain, NURULHUDA MAZLAN


orangnye nakal sikit, unexpected kadang-kadang tu, camne pun dea, ain sayang dea..
moh kite layan perangai dea yang nakal ni

ni huda yang tulis okey..

"nama saya nurain suhada binti ismail..saya tinggal kat melaka..umur saya 20 tahun..tapi perangai saya macam budak 2 tahun..hobi saya kentut..mcm2 bau kentut saya dah hasilkan..saya bangga dengan pencapaian saya..saya berazam nak mengahasilkan bau kentut yang lagi dahsyat dari ape yang pernah saya hasilkan dulu..itu saja dari saya..jumpe anda di entry yang lain..:)"

boleh tergelak sorang-sorang bace ape yang dea tulis ni, ain copy bulat-bulat dari draft kat dalam phone..
(actually, huda type all this thing, mase dea nak belajar type message kat phone ain)

oh yea, harap maklum ! yang kat atas tu, that's not my hobby ! 
hahaha

p/s : huda, thanks becoz being my BFF & make me smile..
lu kan minah, camane pun lu, wa tetap sayang lu beb, peace yaw !! ^_^


Saturday, July 9, 2011

KL GANGSTER & 3 2 1 CINTA


KL GANGSTER
winkwink, ari ni baru berkesempatan nak tengok citer ni,
jalan cerita dea best.. meletop !
tapi kan, bile sampai part, bunuh kawan, seksa mak, bunuh bapak
aduhhh, meleleh air mata, tak padan tajuk citer ni ngan segala pembaziran air mata yang keluar..
(segan tengok citer ni)


3 2 1 CINTA
citer ni dah lame r tengok, sweet lorh..
comel ! sweet ! kelakar ! poyo ! 
hahaha, rase cam nak tengok balek..
ending dea giler-giler punye sweet, hahaha

**okey, sekian saje entry untuk kritikan movie-movie berkenaan, hilang stress**

p/s : sekarang ni focus untuk test ECO plak, doakan ain ^_^
sakit kepala menjadi-jadi, rase cam nak ketuk kepala ni ngan senduk..

Friday, July 8, 2011

3 kata dari KRU


wah, KRU nak keluarkan album baru, excited sungguh dengar. Lagu terbaru dari deaorang, 3 kata..
sebut je lagu nyanyian KRU, semua ain ade ! memang minat sungguh kat adek beradek ni ~
nak beli album terbaru yang bakal keluar tu nanti !
3 kata, sangat comel !

KRU, i love you !
( hahaha, tak boley nak love lebih-lebih sangat )

dulu ain pernah berangan nak kahwin ngan Yusry KRU, hahaha, angan-angan mase sekolah menengah waktu Yusry bercerai ngan Erra Fazira.. kenape ade angan-angan camtu ? huhuhu, sebab ain pernah bace kat newspaper, waktu umur dea 40 tahun, dea mesti dah kahwin waktu tu.. mane taw ain boley jadi calon dea, hahahahampeh je perangai mase sekolah dulu =_='

wuo ai nee
i love you
aku cinta padamu
3 kata paling bermakna tapi jarang nya didengar

hehehe, sekarang ni meh kite cipta nama untuk album deaorang ! winkwink *_*


kat mane nak dengar lagu ni ?? rajin-rajin la bukak ERA fm okey ? :)

p/s : nak tuju lagu boley tak ? ? hehehe, khas untuk si dia (Shahid Ezzuddin).. wuo ai nee, i love you, sarang he yo, aishiteru, aku cinta padamu !

Tuesday, June 28, 2011

Trip to PULAU PINANG 1

Tak mao cakap banyak, tengok aje la gambar. Hehe, hopefully u guys enjoy it.

Untuk yang join this activity, berjuta-juta ampun dari ain & para exco jika ade yang terkurang, terlebih or ape-ape aje, harap kalian enjoy & support our club, thank you.. ^_^

Follow up peserta & trip

Exco DINAMIS

Our presiden, Shamsul Ridhwan bin Yahya

bersama-sama si kucing di kedai makan

Part of us, excluding me, aman & Ustaz Adam

Pemandangan dia sangat cantik

Huda & Ain

Masjid Terapung, sangat cantik

Credited to aman for this photo

sempat lagi..

Huda, Ain, Fara, Alin

berharap dapat jejakkan kaki ke sini lagi :')
p/s : nantikan sambungan nye. gambar sangat banyak ! >_<"

Monday, June 27, 2011

27 June 1991

Sebelum tirai 27 jun 2011 berlabuh, ain nak buat 'a little wish' untuk diri ain sendiri.. 

Terima kasih untuk mak & ayah yang dah membesarkan akak selama 20 tahun ni, hehe.. Umur dah 2 angka, erm, boleh tak akak nak request kahwin sekarang ? haha, sudah-sudah.. keterlaluan.. 

Terima kasih emak, terima kasih ayah :')

Umur dah 2 angka, ain cume harapkan, ain semakin matang.
No more happymeal, no more chickymeal, no more free toys !! you're an adult now.
Remember that, ain ?
Erm, tiada lagi cik ted..tiada lagi dophie .. tiada lagi bantal b***k.. erkkk, boley hidup ke tanpa tu semua ? 
rasenye tak boleh, tapi tak salah kan, walaupun dah 2 angka, i still have those thing? hehehe..

I wish, i wish with all my heart..

1. Ain semakin matang..
2. Semakin rajin..
3. Semakin pandai menguruskan masa..
4. Sentiasa cukup solat 5 waktu & lebih beribadat kepada-Nya..
5. Sentiasa tersenyum walaupun berduka..
6. lastly, ain harap & akan berusaha sebaek-baeknya untuk naekkan pointer untuk tahun akhir ni..

Insyaallah..

senyum-senyum selalu :)

p/s : takde ape yang nak dibanggakan sempena hari lahir ni, cume dalam hati terselit rase sangat-sangat bersyukur kerana masih dipanjangkan umur lagi.. terima kasih untuk semua yang 'wish' pade ain, ain sangat-sangat hargai, terima kasih semua.. ^_^


Sunday, June 19, 2011

i love u, ayah :')


It's all about him, Ismail Bin Mohd Lazim
i love him very much


TERIMA KASIH untuk segala kasih sayang & didikan yang ayah berikan, ayah memang terbaek ! akak sayang ayah !

Akak mintak maaf ayah, akak taw akak ni nakal & malas sikit.. hehe, akak selalu buat air yang tak sedap untuk ayah, tapi ayah tetap minum air tu jugak walaupun air tu tak sedap, maaf ayah.. cume bile air tu sangat-sangat tak sedap, ayah suruh akak tambahkan susu & gula kan ? akak ni pun satu, hehe, akak akan perbaiki segala kelemahan akak ni..

Citarasa kite berbeza, ayah suke minum kopi, akak plak tak suke.
Ayah suke minum teh tarik, teh tarik pun akak tak suke,
ayah suke minum susu, akak lagilah tak suke..

Ayah suke makan macam-macam sayur kampung,
akak plak tak suke, ayah tak pernah paksa anak-anak dia makan sayur, sehinggalah akhirnye kami jatuh cinta  pada sayur,
terima kasih ayah..

Ayah selalu pesan tentang soal mase,
ayah kata 'hargai mase',
'jangan buat kerja last minute',
tapi kadang-kadang akak leka..
maaf ayah..

Ayah selalu buat muka serious, hehe..
comel muke ayah macam tu,
cume ade satu perkara yang akan wat akak leleh air mata,
akak tak boley tengok ayah marah-marah aje,
confirm akak nangis, 
akak bukannye tak kuat, 
tapi akak takut.
maaf ayah..

Dulu, kite pernah jual burger same-same, kite bukak gerai depan rumah,
seronok sangat mase tu, hehe.. jiran-jiran panggil ayah, mail burger, akak plak ain burger, abang plak, fitri burger..

Dulu, kite pernah jugak, jual buah-buahan, tapi akak & adek-adek selalu merugikan ayah, hehe, yang beli buah ramai, yang makan buah yang ayah jual pun ramai, kami la tu yang makan buah yang ayah jual ( akak, abang, kakchik, faiz )

Dahla, selalu merugikan ayah, tapi ayah tetap bagi kami duit upah lepas berniaga..

Lastly, kami decide sesama kami sendiri iaitu siape yang nak makan buah, kene bayar sendiri, tak boleh ambik free, nanti ayah rugi, hehe.. so kalau nak makan, kene bayar 50 sen, hehe..

Kalau report card warne merah, selalunye kami tunjuk report card pade mak,hehe, sebab kami taw, mak bising sekejap aje.. bile dapat A, laju je kami tunjuk keputusan tu kat ayah, sekarang ni akak dah tak buat macam tu lagi, sebab akak dah abes sekolah, tak tahu lah kalau adek-adek buat macam dulu-dulu lagi, sorok report card dari ayah.. hehehe
Kami buat macam tu, sebab kami takut ngan ayah.. Ayah sangat tegas dengan pelajaran kami..
Maafkan kami, ayah..


Alhamdulillah, akak berjaye masuk universiti, sekarang pun dah masuk tahun akhir, Insyaallah akak akan cube yang tebaek, untuk menggenggam segulung diploma n seterusnya ijazah.
Abang plak, Insyaallah akan berjaya dengan tentera laut yang diidam-idam kannya..
Semua tu atas segala jasa ayah yang bersusah payah membantu kami untuk mencapai ape yang kami cita-citakan..

Tegas camne pun ayah, garang camne pun muke dea, ayah tetap yang terbaek, & selalu mendapat tempat di hati akak & adek-adek..
Maaf atas segala kesalahan kami,
Semoga Allah S.W.T memberkati ayah,
Semoga ayah panjang umur & dimurahkan rezeki,
akak nak balas segala jasa ayah pade akak n adek-adek..
Semoga segala urusan ayah dipermudahkan..

TERIMA KASIH, ayah..

akak rindu nak dengar ayah & emak gelak, rindu nak tengok ayah & mak senyum, rindu nak kene peluk & cium oleh ayah & mak.. 

Khas buat ayahanda tersayang, Ismail Bin Mohd Lazim, 


dari anakanda, Nurain Suhada, Muhammad Fitri, Nurzalina Idayu, Muhammmad Faiz Naim, Muhammad Fadzli Aidilhanafi & Muhammad Fakhrul Asyraf..

KAMI SAYANG AYAH !!! :')

SAYANG EMAK JUGAK !!! :')


p/s : Selamat Hari Bapa untuk semua bapa.. 
Daisypath Anniversary tickers