Saturday, April 23, 2011

Dugaan Final~

Oh, tidak.. demam datang lagi, kebahla kamu dengan segera. Hari esok, saye masih ade lagi perjuangan yang harus ditempuhi. Huhu, terasa menyesal tinggalkan koolfever kat rumah. Kononnya, fikir tak demam lagi, tapi... hasilnya, demam datang lagi, fobia nak makan ubat..

Dah habis study MAF? 
..almost done..
..malam ni kena teruskan study lagi..
..agak-agak flexible kluar ke tak eh..
..lagipun flexible budget memang dah lame tak kuar..
..senang citer kite study je semua, kite usaha, bila dah berusaha, kite tawakal yea..

Dah habis study FAR?
..not done yet, baru study chapter-chapter yang masuk dalam Test 1..
..carry mark FAR teruk gila, fuhhhh, rase down sangat-sangat-sangat-sangat..
..rase cam otak ni, masih blank lagi mengenai FAR..
..terfikir jugak, patot ke teruskan degree ke B. ACC??..

Dah habis study ECO?
..oh, mestila belum..
..kawan-kawan, moh le kite study soalan past sem ECO selepas MAF & FAR selesai yea..
..soalannya, berulang-ulang je..

Lepas ni blog out of service yea.
Kemalasan untuk berblogging.
Maaf

p/s : doakan kesembuhan ain  yea di sini. nak makan ubat takut.. hahaha, tak pasal-pasal, kejadian lame berulang kembali ( Ujian Allah S.W.T ), n pengawas peperiksaan pasti akan halau ain.. haha. sign out~

Good Luck guys
senyum-senyum selalu
^_^


Wednesday, April 13, 2011

Sedu

Orang kata kalau sedu nak besar maknenye.
tapi tu untuk budak-budak kecik je.
Kalau ain yang SEDU..
tu maknenye, 
AIN NAK GEMUK..

hahaha


p/s : cakap je nak diet, makan banyak jugak ain ni~ ^_^
is there any tips guys???

Motivasi untuk Diri Sendiri

Final start next week
dari 21 April - 1 Mei 2011


Selagi belum balek rumah, selagi tu lah, rase mood untuk study sekejap timbul, sekejap tenggelam.. tak boleh jadi ni~

Dalam malas-malas tu, ain teringat kata-kata ni. Kite share-share lah yea, ape yang ain nak kata ni, insyaallah boleh memotivasikan diri kite same-same..

Ain,
" Cuba kau bayangkan, sekarang ni kawan-kawan kau tengah study. Kau jangan malas-malas. Kau kan sentiasa nak mendahului deaorang. Gandakan usaha kau"

so, kesimpulannya, pergi bukak buku. STUDY!



p/s : motivate la camne pun, yang pasti mood ain sekarang ngah blur.. Dalam kelas AIS 280 sekarang ni, tapi takde mood nak focus, nak tahu kenapa?? hohoho, mata kedua ain tertinggal kat atas katil (cermin mata). Kabur-kabur tengok mase depan, eh silap.. *kabur-kabur tengok slide kat depan*



say yes for blogging!

My Heart is Taken

Jumaat, 8 April 2011

In a relationship with Ayied Zudin




Saturday, April 2, 2011

Ujian Allah S.W.T

Erm, semester ni boleh dikatekan ain selalu jatuh sakit. Tapi, Alhamdulillah, diri ni masih mampu tersenyum lagi. Baru-baru ni, ain demam. Ain perasan, ain tak sedap badan sejak balek dari kem Tamrin Qiyadi yang lepas. Ain pergi klinik Penawar hari Rabu lepas. Doktor kasi mc sehari. Then, ari Khamis, ain pergi kelas macam biase, ain duduk kat hujung sekali, sebab tak nak kasi badan kena air-cond dalam kelas. Mase tu larat lagi la, nak berjalan, lepak-lepak ngan adeq, fara, sue, ima n pejol. Takde la rase bowsan sangat. Makan ubat cam biaselah, petang tu ain makan ubat, berape jenis & berape biji ntah, ain tak ingat. Then, mata cam bengkak, gatal. Tak lame lepas tu, ain pergi mandi, dah okey r pun mate tu. Malam, lepas solat isyak, huda pakaikan coolfever kat dahi ain. Ain boleh gelak-gelak lagi mase tu, study pun macam biase. Lastly, sebelum tido, ain makan ubat lagi, then benda yang same, jadi kat ain balek, mata bengkak lagi, ingatkan perkare biase, tapi it's getting worse. 

Bangun pagi, mate tak boleh bukak, kena basahkan dengan air, balas message adeq pun satu-satu.. sebab mate sangat kecik + sepet. tak nampak ape pun. huhuhu. nanti korang tengok yea camne rupa ain.. kelakar~ ain sendiri takut nak tengok muka ain kat cermin. Pukul 10 camtu, ain pergi klinik, ditemani adeq. Thanz yea adeq & sue. Ain hargai sangat-sangat.. :) Erm, ble dah sampai, nurse & doktor terkejut tengok muka ain. Korang bayangkanlah camne muke ain tu~ nasib baek tak jadi case emergency. Terharu dengan saat-saat tadi, rase cam kanak-kanak, diberi perhatian lebih, (hehehe, perasan je kan).. Mule-mule jumpe doktor Halim, dea tak berani nak handle, so dea suruh jumpe doktor Ali. Doktor Ali tanye cam polis, hehehe.. kelakar rase, pastu dea pesan macam-macam.. Dapat injection plak tu, best~ dah lame tak kena inject.. Tangan ni pun lenguh lagi.. Sekarang ni, Alhamdulillah, demam dah okey sikit. Cuma bengkak kat mata ni tak surut lagi.. Erm, yang sedihnye.. Esok, ain ade 2 test. tak dapat jawab test ngan kawan-kawan esok. Mungkin ade hikmah di sebalik semua ni.. 

Erm,ain selalu ingat pasal ni, berbahagialah kepada mereka yang menderita sakit. Kenapa mesti berbahagia? 

"Selain dari ujian dari Allah yang menggugurkan dosa-dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah, sakit itu adalah manifestasi kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.
Namun, tidak ramai yang berfikiran sebegini. Sakit dianggap satu malapetaka. Sakit dianggap sebagai penghalang untuk melakukan pekerjaan. Sakit sebagai sesuatu yang perlu dielakkan. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan untuk keperluan vitamin dan makanan tambahan. Walaupun kita dituntut untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah, namun perlu diingat bahawa penyakit boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Sakit itu tanda bahawa Allah mengingati kita dan ingin memberi peringatan kerana mungkin ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari. Justeru penyakit datang lalu menggugurkan dosa-dosa mereka yang sabar menghadapinya." (cerdited to, Abu Wafi)

ni gambar semalam, mase lepak ngan adeq, fara, sue, ima n pejol
~demam~

jangan gelak taw, tapi inilah ain..
teruk kan? tak nampak ape pun mase jalan tadi.
malu sebenarnye, tapi takpela..
jadikan ni pengajaran.
credited to : fara syuhaida khalid

okey, itu saje.

Good Luck untuk sahabat-sahabat yang akan menduduki test esok hari. Ain doakan korang dapat jawab. Doakan kesembuhan ain kat sini.. hehehe, jangan gelak taw. HAHAHAHA, kelakar lah muka ain~ 

CERIA-CERIA SELALU ^_^
Daisypath Anniversary tickers