Sunday, August 14, 2011

The story begin,

The story begin, 
Almost 4 years he kept this as a secret. How can he tell his mother ? How can he tell his father ? How can he tell others, he is sick.

Dia rase dia bodoh, bila bagitahu orang yang dia sakit. Dia tak minta simpati sesiapa, dia cuma mahu orang memahami dia, kenapa dia rahsiakan semua ni. Dia bukan datang dari keluarga yang senang. Dia cuma mahu sokongan dari rakan rakan, agar dia terus kuat apabila musibah datang. Dia yang rasa keperitan tu, dia yang rase kesakitan tu. Dia lawan, tapi takdir Tuhan, tiada siapa boleh lawan. Tu semua takdir dia. Dia belajar cara untuk tersenyum, walaupun kadangkala terasa palsu, dia cuba juga. Dia gembira kerana masih ada yang mahu bersahabat dengannya, bergelak ketawa bersama dengannye, berkongsi masalah dengannya. Dia gembira. Moga persahabatan itu berkekalan selamanya. 

Dia cuba belajar dengan gigihnya, supaya segulung ijazah akan digenggaminya. Kemudian bekerjaya dan akhirnya mengumpul duit supaya segala kesakitannya, terubat jua. Dengan izin-Nya, insyaALLAH.

Ya Allah, kau permudahkanla segala urusan hambamu ini. Semoga dia tabah menghadapi hari hari depannya, ampunkan dosa dosa dia. 


nukilan, 
orang biasa

No comments:

Daisypath Anniversary tickers