Tuesday, December 13, 2011

You are the best of my life

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

hari ni jari aku terpanggil lagi untuk tulis satu entry, entry ni berkaitan sebuah video yang memberi kesan pada aku.


Jom layan video ni dulu, ^_^


kalau korang tak dapat tengok video ni, bukan salah aku, tapi salah internet connection korang, hehehe.

Komen & Omelan aku pasal video ni :

1# Video ni buat aku menangis (masa first time tengok)
Agak touching jugak, aku letakkan diri aku pada watak perempuan dalam video ni.
Aku mengaku aku agak gendut, gemok di beberapa bahagian, hidung kembang, kepala besar, dahi jendul, mata juling.
Perghh, touching babe masa tengok video ni.

2# Video ni tak pernah buat aku bosan
Seriouslly, setiap kali aku bukak laptop, antara video wajib tengok, video ni lah.
Video ni memberi makna yang mendalam buat aku :')

3# Video ni buat aku sedar, tiada seorang pun hamba Allah S.W.T yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi yang berpasangan, tak usahlah kau idam lelaki atau perempuan yang sempurna fizikal dan dalaman dia. 
Cintai dia sepenuh hati kau, jangan sebab kau tengok hidung dia besar, dahi dia macam ikan flowerhorn, mata dia juling itik, kulit macam arang, kau terus reject dia awal awal. 
Kau kenal hati dia, dari situ kau akan nampak kesempurnaan dia di sebalik kekurangannya.
Percayalah !

4# Video ni buat aku hargai orang sekeliling aku.
Ni paling penting sekali, tak usahlah kau tatang dia melampau lampau. 
Bersederhanalah.
Cuma, jangan kau buat dia macam sampah.
Kau pun hamba Allah S.W.T jugak, jaga hati dia macam kau jaga hati kau.
Cuba kau bayangkan kalau orang buat kau macam sampah, mesti kau rasa macam nak makan sampah kan ?
Hargai orang sekeliling kau babe, mak ayah kau, abang kakak adik kau, kawan kawan kau, kekasih kau, para pendidik kau, bak kata orang, biar semua orang lah kau hargai walaupun seorang pemungut sampah.

okay, sekian. Terima kasih sebab sudi baca entry & kunjung blog aku, aku hargai korang :')|
Thanks babe.

P/s : Aku suka tengok orang keliling aku senyum, tapi bukan sebab aku, tapi sebab dia bersyukur dengan apa adanya dia sekarang.
Senyum. Insyaallah segala resah kau akan hilang. :)

1 comment:

Anonymous said...

terbaik.. :)