Sunday, January 29, 2012

Senyumlah seperti dia ^_^


Dia inspirasi aku, dia bukan permberian siapa siapa. Dia mengajar aku untuk sentiasa tersenyum. Mungkin dia sekadar patung beruang biasa. Tapi itulah dia. Senyumlah seperti dia. 


Ini bukan diari. Ini bukan cerita jiwang. Noktah.

Mungkin kau lihat aku sedang tersenyum sekarang. Mungkin kau lihat aku sedang tergelak sekarang. Tapi dalam hati, mampukah kau selami ? Perasaan manusia, ada pasang surutnya. 



Bersendiri. Tak dinafikan aku suka bersendiri. Kerana aku mahu muhasabah diri, aku rindu merenung wajah wajah mereka yang aku kasihi. Satu persatu muncul dalam ingatan aku.

Bermula dari emak, ayah, abang, kakchik, faiz, fadzli dan asyraf. Sangat sukar sebenarnya menggalas bahu sebagai anak sulung, bukan sahaja sebagai anak sulung, tetapi juga sebagai seorang kakak untuk lima adik adiknya. Tapi aku tak menyesal, sikit pun tidak. Aku rasa bahagia pabila lihat mereka senyum. Dari kecil, aku tak pernah berpisah dengan keluarga aku, tiada istilah asrama di zaman persekolahan. Jadi, segala suka dan duka keluarga, aku tahu. Serba serbinya. Pahit dan manis, semua aku rasa. Aku bersyukur memiliki mereka.

Kawan kawan & kekasih. Aku sayangi semua. Tak kira dari zaman tabika aku, sekolah rendah, sekolah menengah, tempat kerja dan juga universiti. Mustahil untuk aku survive sendirian tanpa mereka. Semuanya memerlukan kerjasama. Persahabatan itu indah sebenarnya. Selamilah. Tidur sebantal, makan sepinggan, minum secawan. Semuanya manis. Kekasih, yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat, itulah dia. Terima kasih.

Sesungguhnya, aku sayang kalian. Aku suka lihat kalian tersenyum. Aku bahagia. Dan semestinya aku rindu kalian.

Bersendirian, dikala itu segalanya kita ingati, segalanya menjadi memori.

Pesanan untuk semua :
"Bersederhanalah dalam tawa & tangis mu :')
kerana dalam setiap tawa itu, ia bukan membawa erti bahagia untuk selama-lamanya,
dan dalam setiap tangisanmu itu pasti ada hikmah disebaliknya.. "

2 comments:

KAMIHIDUP said...

header terbaik. :)

elie shahana said...

hai :D nice blog ! pollow me back yeaaa

Daisypath Anniversary tickers