Tuesday, March 6, 2012

Menghitung Hari

Tinggal beberapa je lagi, sebelum Fasa Diploma ini tamat, Insyaallah.. ^_^

Final Examination : 8 hari lagi
Tamat Diploma : 25 hari lagi

Supposely, final start on 12 March, tapi batch ain start 14 March. Dimulai dengan subjek :

1# ETR 300 : 14 March  [2.15-5.15]
2# TAX 370 : 17 March  [2.15-5.15]
3# FAR 360 : 21 March  [2.15-5.15]
4# MAF 330 : 24 March  [2.15-5.15]
5# FAR 300 : 27 March  [2.15-5.15]
6# AUD 390 : 31 March [9.00-12.00]


Segala assignment dah hantar, cuma tunggu markah assessment pula keluar. Urusan yang penting pun dah selesaikan, alhamdulillah.. Pening jugak nak memilih course & universiti. Mudah-mudahan ada rezeki untuk sambung belajar. Aminnn... 

1# Application for Continuation of Studies (UiTM) done !
2# SuFo (Student Feedback Online) done !
3# Permohonan Kemasukan ke IPTA (semua universiti yang terlibat) done !

Sekarang fokus pada FINAL EXAMINATION pula. Good Luck pada semua classmate, coursemate, roommate, wingmate, abang & akak senior, adik adik junior. Lakukan yang terbaik, jangan stress stress & study smart not hard. Jaga diri. Jaga kesihatan. 


Semoga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T. 

#khusus untuk classmate & coursemate ain nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, andai ain tersalah bicara, tertengking, termasam muka, termakan apa yang ada. Ain mohon, maafkan ain. Halalkan makan minum ain, ain nak graduate sama sama ngan korang, ain nak pakai baju konvo sama sama ngan korang. Maafkan ain. :')#

Sayang awak semua ! 

DO THE BEST & NEVER GIVE UP !
saya doakan kejayaan awak semua ^_^

nota kaki : menangis tulis entry ni, ain mohon kemaafan semua (T_T)
Daisypath Anniversary tickers