Monday, March 5, 2012

MUKA macam MAK BUDAK

Hahaha, ain geram ni. Tiba tiba timbul idea nak tulis entry ni.Yea lahkan, kejadian ni sentiasa berulang masa umur ain 16, 17, 18, 19, 20 & sekarang 21. Tiap tiap tahun, pasti ada yang cakap, comel anak awak, dah berapa bulan, berapa tahun ? 

Arghhhh, tu bukan baby ain, tu adik ain. Adik ain memang comel. Ain akui, macam ain  jugak. hahaha. gila perasan perempuan ni. Untuk tatapan umum, baby ain yang ni. hehehe. omey tak baby saya ? :)






Kalau nak ada baby manusia, semestinya lambat lagi. Ain belum nikah lagi, itu fakta. Hahaha, sabar jea lah. Kalau situasi ni jadi kat korang, apa korang buat ? Penat taw, tiap tiap tahun brdepan perkara yang sama.


Apa yang ain buat ?
1# kalau makcik makcik tu ain rasa macam boleh adapt ngan dia, ain akan cakap camni. "Eh, taklah makcik, ni adik bongsu saya"
2# kalau orang yang tak familiar mukanya, ain mampu senyum kambing je.

3# kadang kadang ain akan cakap camni. "Boboy, meh siniiiii kat AKAK mehhhhh". Suara memang tahap pecah panggung lah ain cakap, hahaha. Kalau pokak nasiblah. Biar jelas sikit~

4# kadang kadang, kalau buku sekolah or komik ada, ain akan tayang segala buku betul betul depan orang tu.


Hahahaha, sabar je lah. Kadang kadang geram bila masih bersekolah tapi orang ingat budak kecil tu anak kita. Rasa macam diri ni tersangat tua, untuk memiliki husband, daughter n son seawal usia 16 tahun.

Argghhh, stress sekejap, tapi masih mampu tersenyum. Ain cuma berkongsi pengalaman. Seronok sebenarnya, bergaul dengan orang yang lebih dewasa. pelbagai cerita kita ketahui, & pelbagi penglaman kita pelajari.


Nites bloggers, nites silent readers !





p/s : senyum senyum selalu ^_^

No comments:

Daisypath Anniversary tickers